Gesa tindakan tegas tangani mercun
Iklan
Kawalan lebih ketat diperlukan untuk penjualan bunga api dan mercun bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku.
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius peningkatan penggunaan mercun sepanjang musim perayaan yang disertai insiden kecederaan, kebakaran dan gangguan ketenteraman awam.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri berkata, fenomena itu tidak lagi boleh dilihat sebagai isu bermusim, sebaliknya telah menjadi kebimbangan keselamatan awam yang berulang setiap tahun.