Boleh kutuk Trump, pantang kecam Israel
Iklan
Fallon mempersendakan Trump dalam salah satu episod rancangan bual bicaranya baru-baru ini.
SEMUA orang tahu bahawa Amerika Syarikat (AS) adalah polis dunia. Semua negara mereka nak masuk campur dan kawal. Mereka boleh sesuka hati ceroboh negara orang lain. AS juga berasa diri mereka paling hebat dan kuat di muka bumi ini.
Mereka juga sering anggap sebagai negara jaguh demokrasi dan rakyat berhak untuk bercakap apa saja. Sebagai contoh dalam rancangan popular The Tonight Show, Jimmy Fallon sering menjadikan Donald Trump sebagai bahan jenakanya.