Opor daging, puding raja jadi juadah kegemaran di Aidilfitri
Iklan
Dr Talaibek (dua dari kiri) dan Dr Jamila (tengah) bersama tiga anak mereka memakai sedondon setiap kali menyambut Aidilfitri. FOTO: Ihsan Jamila
PEKAN – Meskipun berlainan bangsa, seorang lelaki dari Bishkek, Republik Kyrgyz mengakui sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa aroma opor daging dan puding raja yang menjadi juadah tradisi kegemarannya bersama keluarga mentua di daerah ini.
Pensyarah kanan di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya (UM), Dr Talaibek Musaev, 52, berkata, walaupun berasal dari benua berbeza, seleranya kini sudah sebati dengan masakan tradisi Pahang yang disediakan isterinya, Dr Jamila Mohd, 54.