Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi

Iklan
Mohammad Bagher Zolghadr. Foto Agensi

ISTANBUL - Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, bagi menggantikan Ali Larijani yang terkorban dalam serangan Israel-Amerika Syarikat (AS), menurut pejabat presiden pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Penentuan Kepentingan Iran.

Iklan
Iklan

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan lain termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pembantu kepada ketua kehakiman bagi hal ehwal strategik.

Zolghadr menggantikan Larijani yang terkorban dalam serangan udara AS-Israel di Teheran pada 17 Mac.

Iklan

AS dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Teheran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan. - Bernama-Anadolu

Iklan