Pusat perinatal di Kazakhstan rekod kelahiran bayi 5.57kg

Iklan
Seorang bayi lelaki seberat 5.57kg dan tinggi 62 sentimeter dilahirkan di Rudny, Wilayah Kostanay. Gambar hiasan

ASTANA (Kazakhstan) - Seorang bayi lelaki seberat 5,570 gram dengan ketinggian 62 sentimeter (sm) dilahirkan di pusat perinatal di Rudny, Wilayah Kostanay, lapor Agensi Berita Qazinform.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 20 Mac melalui pembedahan Caesarean.

Iklan
Iklan

Pembedahan itu berjaya dilaksanakan oleh doktor Shugurmakov dan Shamuratov, dengan dibantu oleh jururawat Nurgaliyeva, menurut kenyataan media Hospital Pelbagai Fungsi Perbandaran Rudny.

Sejak awal 2026, tiga bayi seberat lebih lima kilogram (kg) iaitu masing-masing 5,200 gram, 5,080 gram, dan 5,570 gram telah dilahirkan di kemudahan berkenaan, yang mana kesemuanya adalah bayi lelaki.

Iklan

Bayi yang dilahirkan pada 20 Mac itu kini dianggap sebagai bayi terbesar bagi tahun ini.

Antara 16 hingga 22 Mac, pusat perinatal itu menyambut kelahiran 22 bayi iaitu 13 lelaki dan sembilan perempuan.

Iklan

Bayi terbesar ialah bayi lelaki seberat 5,570 gram, manakala bayi terkecil ialah bayi perempuan seberat 1,480 gram dengan ketinggian 40 sm. - Bernama-Qazinform