Ribut petir, hujan lebat diramal di tiga negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Iklan
Iklan

Di Selangor, kawasan diramal terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan