Biar dalam KWSP atau labur dalam unit amanah?

Iklan
Gambar kecil: Dr Ahmad Danial Zainudin

DALAM usaha meningkatkan potensi pulangan simpanan persaraan, semakin ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memanfaatkan kemudahan pelaburan ke dalam dana unit amanah melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Skim ini membolehkan pencarum memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 ke dana unit amanah yang diluluskan. Namun, mekanismenya direka dengan kawalan tertentu bagi melindungi simpanan persaraan.

Iklan
Iklan

Di bawah skim tersebut, KWSP menetapkan Simpanan Asas mengikut umur sebagai paras minimum simpanan persaraan.

Hanya lebihan daripada jumlah itu boleh dipertimbangkan untuk pelaburan, dan pencarum hanya dibenarkan melabur sehingga 30 peratus daripada lebihan simpanan Akaun 1 ke dalam dana unit amanah yang telah disaring dari segi prestasi, risiko dan tadbir urus.

Iklan

Struktur ini memastikan simpanan asas kekal dalam KWSP manakala lebihan dana boleh digunakan untuk tujuan mempelbagaikan pelaburan.

Pensyarah Kanan dan Ketua Program Sarjana Kewangan di Asia Pacific University of Technology and Innovation, Dr Ahmad Danial Zainudin berkata, skim tersebut bukan bertujuan menggantikan peranan KWSP sebagai dana persaraan utama, sebaliknya memberi ruang kepada pencarum meneroka potensi pulangan tambahan melalui diversifikasi pelaburan.

Iklan

Menurut beliau, perbincangan mengenai pelaburan luar KWSP sering timbul apabila kadar dividen berubah setiap tahun.

Bagi tahun kewangan 2025, KWSP mengumumkan dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, sedikit rendah berbanding 6.30 peratus pada tahun sebelumnya.

Namun, menurut Ahmad Danial, perubahan kecil seperti itu biasanya bukan faktor utama yang mendorong pencarum memindahkan simpanan mereka ke instrumen pelaburan lain.