Louis 20 kali keluar masuk penjara
Iklan
Louis ditemuramah wartawan Sinar Harian di Johol
KUALA PILAH - Penjara sudah ibarat 'rumah kedua' buat lelaki berasal dari Seremban ini apabila sepanjang hidupnya, sudah 20 kali dia keluar masuk tirai besi.
Kini pada usia 50 tahun, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Louis itu nekad menutup lembaran hitam hidupnya sekali gus mahu menjadi insan lebih baik demi ibunya.