Elak putaran kejam bekas banduan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
SHAH ALAM - Bekas banduan akan terus terperangkap dalam putaran kejam akibat stigma dan persepsi negatif masyarakat yang menyukarkan golongan tersebut memulakan kehidupan baharu.
Pensyarah Kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nurhafizah Mohd Sukor berkata, segelintir masyarakat masih melihat bekas banduan sebagai 'sampah'.