PADANG TERAP - Kanak-kanak membetulkan teraju layang-layang di kawasan bendang kering di sini, petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan Padang Terap merekodkan Tahap 2 (Gelombang Haba) setakat jam 4 petang, manakala 10 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga), melibatkan seluruh Perlis; beberapa daerah di Kedah serta Timur Laut, Pulau Pinang. - Foto Bernama