Wanita hamil mengidam didukung polis

Iklan
Emi didukung pegawai polis ketika hadir ke balai polis tersebut. Gambar Agensi

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai kerana mengidam didukung oleh pegawai polis beruniform.

Wanita yang dikenali sebagai Emi dan suaminya, Wildan hadir ke Ibu Pejabat Polis Sukatani sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Sukatani, Inspektor Rasman menunaikan permintaan itu dan segera mendukung Emi.

Emi dikatakan kerap menangis sejak beberapa hari lalu kerana keinginannya untuk digendong oleh pegawai polis, menyebabkan dia dibawa ke balai polis.

Iklan

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Kanan Sumarni berkata, perkhidmatan awam mesti mengutamakan empati dan tindak balas pantas kepada keperluan penduduk.

"Kami berusaha untuk membantu masyarakat selagi ia tidak melanggar peraturan dan kekal dalam had yang munasabah,” ujarnya. – Agensi

Iklan