1Krisis Belanda 1637 – Tulip Mania
Dikenali sebagai salah satu gelembung ekonomi pertama dalam sejarah moden. Pada awal abad ke-17, bunga tulip menjadi simbol kekayaan dan status sosial di Belanda.
Harga bawang tulip melonjak mendadak apabila permintaan meningkat dan ramai pelabur mula membeli tulip semata-mata untuk tujuan spekulasi berharap harga akan terus naik.
Pada puncak mania, sebiji bawang tulip yang popular boleh dijual dengan harga setara rumah mewah. Namun, pada tahun 1637, gelembung ini meletup; harga tulip jatuh mendadak dan ramai pelabur hilang hampir seluruh modal mereka.
Kesan utama: Menunjukkan bahaya spekulasi melampau dalam pasaran.
2The Long Depression 1873
Bermula di Eropah apabila pasaran saham Vienna runtuh, diikuti dengan kegagalan bank dan kerugian besar dalam sektor kereta api di Amerika Syarikat (AS).
Kejatuhan pasaran ini merebak ke seluruh dunia kerana sistem kewangan antarabangsa saling berkait pada abad ke-19.
Kesan utama:Kemelesetan lebih dua dekad, pengangguran tinggi dan kejatuhan harga komoditi.
3Great Depression 1929
Krisis 1929 atau Great Depression salah satu kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah moden.
Bermula dengan kejatuhan pasaran saham New York pada Black Tuesday, 29 Oktober 1929.
Kesan utama: Kemelesetan global, pengangguran jutaan orang, bank gagal dan perubahan dasar ekonomi di seluruh dunia.
6Krisis Asia 1997-1998
Bermula di Thailand apabila mata wang baht runtuh selepas kerajaan terpaksa melepaskan tambatan terhadap dolar AS akibat tekanan pasaran.
Kejatuhan merebak ke negara jiran seperti Korea Selatan, Indonesia, Malaysia dan Filipina kerana ekonomi rantau ini saling berkait melalui perdagangan, pelaburan asing dan sistem kewangan terbuka.
Kesan utama:Mata wang merosot, pasaran saham jatuh, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) campur tangan dengan pakej bantuan.
5Krisis Hutang Amerika Latin 1980-an
Berlaku apabila beberapa negara termasuk Mexico, Brazil, Argentina dan Peru gagal membayar hutang luar negara mereka.
Krisis ini berpunca daripada kombinasi hutang yang terlalu tinggi, kenaikan kadar faedah global dan penurunan harga komoditi yang menjadi sumber pendapatan utama negara-negara tersebut.
Krisis ini menjejaskan bukan sahaja ekonomi domestik tetapi juga sistem kewangan global kerana bank antarabangsa yang membiayai hutang ini turut mengalami kerugian besar.
Kesan utama:Kemelesetan jangka panjang, inflasi tinggi, penstrukturan hutang antarabangsa.
4Krisis Minyak 1973
Negara anggota OPEC melaksanakan embargo minyak terhadap negara yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur.
Harga minyak mentah dunia melonjak dan memberi kesan besar kepada negara pengimport minyak.
Kesan utama:Inflasi tinggi dan perubahan dasar tenaga global.
10 Krisis Hutang Eropah 2010-2012
Berlaku apabila beberapa negara zon euro termasuk Greece, Portugal, Ireland, Sepanyol dan Itali menghadapi beban hutang negara yang sangat tinggi berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pasaran kewangan global menjadi tidak menentu dan nilai bon kerajaan negara terlibat merosot.
Kesan utama:Pakej bailout IMF/ECB, pengukuhan kawalan fiskal, kemelesetan di Eropah Selatan.
7Krisis Rusia 1998
Berlaku apabila rubel merosot teruk dan kerajaan Rusia gagal membayar hutang luarnya. Pelabur antarabangsa kehilangan keyakinan menimbulkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dunia.
Kesan utama:Bank gagal, ekonomi lumpuh dan pasaran global terjejas.
9Krisis Kewangan Global 2008
Bermula daripada krisis perumahan subprime di AS di mana bank memberi pinjaman rumah kepada peminjam berisiko tinggi tanpa kemampuan membayar balik yang mencukupi.
Kesan utama:Lehman Brothers muflis, bank besar diselamatkan, kemelesetan global, jutaan hilang kerja.
8Dot-com Bubble 2000 Berpunca daripada spekulasi berlebihan terhadap syarikat internet dan teknologi, di mana pelabur membeli saham syarikat dot-com dengan harapan keuntungan cepat walaupun banyak syarikat tersebut belum menunjukkan keuntungan sebenar.
Kesan utama:Firma internet bankrap dan ramai kehilangan pelaburan.