Rindu nak bakar lemang
Iklan
Faiz (baju biru) bersama Penguasa Penjara Taiping, Shahrul Izzat Hamid (kanan) semasa program PBSL Ihsan Madani sempena Aidilfitri, Rabu lalu.
IPOH -"Sepatutnya tahun ini saya beraya di dalam penjara. Alhamdulillah diberi peluang kedua untuk bersama keluarga".
Demikian luahan Faiz (bukan nama sebenar), 22, yang merupakan antara 39 banduan dari Penjara Taiping dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani pada Selasa lalu.