Naratif animasi asing
Iklan
Naratif animasi asing sering tidak selari dengan nilai dan epistemologi ketimuran Malaysia. Gambar hiasan
MESKIPUN industri animasi di Malaysia telah mencatatkan pencapaian membanggakan menerusi kejayaan harta intelek tempatan yang menembusi pasaran global, ekosistem kreatif negara sebenarnya masih berada dalam kepungan naratif asing.
Di ruang domestik, minda kanak-kanak kita dihujani dengan dwi-gelombang yang dominan: hegemoni naratif Hollywood dari Amerika Syarikat yang sarat dengan idealisme individualisme serta gelombang estetika anime dari Jepun yang membawa kodifikasi budaya Timur Jauh yang sangat spesifik.