Air mata arwah ibu kenangan paling pedih
Iklan
Ahmad ketika ditemubual baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Pada usia 22 tahun, seorang lelaki dari Johor melangkah masuk ke penjara dengan hukuman 25 tahun selepas disabitkan kesalahan samun dan rogol, meninggalkan kehidupan muda yang belum sempat benar-benar mengenal dunia.
Kini pada usia 40 tahun, selepas 17 tahun di sebalik tirai besi, dia kembali merasai kebebasan yang selama ini dirindui.