MELAKA - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.
Perintah reman bermula Jumaat hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.