Kukuh keamanan dengan hikmah al-Hujarat 13
Iklan
Dengan keganasan AS dan Israel terhadap Iran dan Lubnan, di samping kezaliman Israel yang berterusan di Gaza, ekstremisme senang bertapak di hati golongan tertindas.
SEMOGA bulan Ramadan yang mulia ini akan disusuli dengan keamanan di Asia Barat apabila cukup pengundi dan wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) menyedari kesilapan mereka membenarkan Presiden Trump melanggar mana-mana negara dan membunuh insan tidak berdosa sesuka hati.
Apa yang berbahaya ialah keganasan boleh mengajak pembalasan keganasan. Kegilaan kuasa boleh merebak bukan saja kepada pemimpin lain, malah juga kepada pelaku lebih kecil, daripada askar hilang kerja, bapa hilang anak dan anak kehilangan ibu ayah.