Pilu sambut Aidilfitri tanpa Norman, Pak Teh
Iklan
Noor Sham melihat video menunjukkan detik cemas kemalangan motosikal yang meragut nyawa Norman dan Pak Teh di Jalan Rencong, Lenga.
MUAR - Pemergian dua bersaudara dalam kemalangan tragis di Jalan Rencong, Lenga pada 4 Mac yang juga hari ke-14 Ramadan meninggalkan kesan mendalam buat keluarga yang bakal menyambut Aidilfitri tanpa insan tersayang.
Mangsa, Norman Ahmad, 47, yang menunggang motosikal bersama bapa saudaranya, Sa’at Kassim, 77, meninggal dunia selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki positif dadah dan memiliki bahan terlarang.