MENJELANG ketibaan Aidilfitri, suasana semakin meriah dengan pelbagai persiapan akhir oleh umat Islam di seluruh dunia.
Selepas sebulan berpuasa, lebaran disambut sebagai tanda kemenangan selain detik bermakna untuk mengeratkan silaturahim.
Bagi kebanyakan orang, tradisi pulang ke kampung halaman turut menjadi kemuncak untuk meraikan Syawal bersama insan tersayang.
Dengan penuh semangat dan keceriaan, pelbagai persiapan dilakukan termasuk menghias diri, menyediakan juadah tradisional serta membeli pakaian baharu. - AFP
Iklan
KUWAIT
Seorang tukang jahit di sebuah pasar tradisional di Kuwait City menyiapkan tempahan baju pelanggan pada saat akhir.
Iklan
EMIRIAH ARAB BERSATU
Beberapa pelanggan berkunjung ke sebuah kedai pakaian yang menawarkan diskaun menarik di Doha.
PAKISTAN
Golongan wanita tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai aksesori perhiasan diri yang akan dipakai pada 1 Syawal.
INDONESIA
Warga kota yang 'mudik' sempena lebaran dari Jakarta terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya Cikampek, Jawa Barat.
BANGLADESH
'Penumpang bumbung' kereta api di sebuah stesen di Tongi antara yang memeriahkan suasana pulang ke kampung halaman.