KUALA LUMPUR - Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac).
Istana Diraja Arab Saudi dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan hari terakhir Ramadan di negara itu jatuh pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal disambut pada Jumaat, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).