Batal tempahan, tangguh ke Thailand
Iklan
Ada dalam kalangan pelancong terutama dari Malaysia mula mengambil langkah menangguhkan perjalanan ke Thailand susulan kebimbangan terhadap kemungkinan kekurangan bekalan minyak.
SHAH ALAM – Sebahagian pelancong, khususnya dari Malaysia mula mengambil langkah menangguhkan perjalanan ke Thailand susulan kebimbangan terhadap kemungkinan kekurangan bekalan minyak yang dipercayai berpunca daripada konflik di Asia Barat.
Pengurus agensi pelancongan Thailand, Abdullah Yeepanoh berkata, walaupun harga minyak masih belum meningkat, gangguan bekalan di beberapa stesen minyak mula menjejaskan keyakinan pelancong.