Hari raya masih berdua lagi?
Iklan
Usahlah bertanya sehingga menyentuh perkara terlalu peribadi yang akhirnya merosakkan mood lebaran. Foto hiasan
AIDILFITRI sering dilaungkan sebagai hari kemenangan. Kemenangan melawan nafsu setelah sebulan berpuasa.
Namun, bagi sesetengah orang, cabaran sebenar bukanlah menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menahan sabar apabila berhadapan dengan ‘peluru’ soalan sensitif yang datang ketika meraikan hari lebaran.