Jualan RON97 meningkat di Bukit Kayu Hitam
Iklan
Sebuah kenderaan asing (kanan) mengisi petrol RON97 di sebuah stesen minyak di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
BUKIT KAYU HITAM - Kenaikan harga minyak mentah dunia susulan krisis di Asia Barat mula memberi tempias di sempadan negara apabila jualan petrol RON97 di sekitar Bukit Kayu Hitam meningkat sejak beberapa hari lalu.
Situasi itu didorong peningkatan kehadiran kenderaan asing, khususnya dari Thailand, yang mengambil peluang mengisi minyak di negara ini susulan kebimbangan gangguan bekalan di negara jiran.