Terkawal, tiada peningkatan ketara di sempadan Kelantan
Iklan
Rakyat Thailand yang selesai mengisi minyak keluar melalui pintu sempadan.
PASIR MAS – Tiada peningkatan ketara kemasukan kenderaan asing untuk mengisi minyak walaupun timbul dakwaan berlaku percatuan bahan api di selatan Thailand.
Tinjauan dan pemerhatian Sinar Harian selama sejam di stesen minyak di kawasan sempadan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini mendapati kebanyakan pelanggan ialah penunggang motosikal bernombor pendaftaran Thailand yang menetap dan bekerja di Kelantan.