Kembali ke pangkuan UMNO
Iklan
Khairy (tengah) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2025 di Dewan Merdeka, WTC.
BAGUS sangatlah Tuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin (KJ) mohon kembali ke pangkuan UMNO. Maka macam-macamlah teori konspirasi pasal itu. Ada yang kata Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi nak perkuat kedudukannya. Maklum, Hishamuddin dan KJ bukan kecil anak. Orang yang terhutang budi, kesetiaannya lain macam.
Ada yang kata Zahid tak senang dengan orang nombor duanya. Hubungan mereka pun panas-panas sejuk kata orang. Ada juga teori bahawa ada taikun besar kawal media yang boleh sukarkan presiden. Banyak yang berharap dengan masuknya Hishamuddin dan KJ akan jadi tarikan orang Melayu kembali pada UMNO.