Daki ancala ilmu di luar tembok akademia
Iklan
PhD dilihat sebagai prasyarat mutlak buat mereka yang memilih dunia akademia sebagai medan kerjaya. Gambar kecil: Ahadi Mohd Nasir
UMUMNYA, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dilihat sebagai prasyarat mutlak buat mereka yang memilih dunia akademia sebagai medan kerjaya. Di sana, PhD adalah kunci yang membuka pintu-pintu kecemerlangan, malah menjadi tangga utama untuk memanjat hierarki sehingga ke puncak gelaran 'profesor'.
Namun, timbul satu persoalan yang jarang diteroka: Bagaimana pula bagi mereka yang berdiri di luar tembok dunia tersebut? Apakah signifikannya mendaki ‘ancala ilmu’, sebuah istilah klasikal yang merujuk kepada gunung ilmu yang tinggi lagi teguh jika destinasinya bukan di dewan kuliah?