'Ada usaha rapatkan Bersatu dengan PH' - Hamzah
Iklan
Hamzah Zainudin
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi menegaskan beliau mempunyai bukti ada usaha oleh kumpulan tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mendekatkan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, ada banyak pihak yang memaklumkan perkara tersebut termasuk dakwaan perjumpaan antara Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.