Krisis bahan api: Penduduk Laos beratur panjang di stesen minyak

Iklan
Pemilik kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Vientiane.- AFP

VIENTIANE– Krisis bahan api di ibu negara Laos semakin meruncing apabila orang ramai terpaksa beratur berjam-jam di stesen minyak susulan kekurangan bekalan, dipercayai kesan konflik di Asia Barat.

Pemerhatian mendapati banyak stesen minyak di Laos ditutup selepas kehabisan bekalan, manakala sebahagian yang masih beroperasi terpaksa mengehadkan jualan.

Iklan
Iklan

Barisan kenderaan termasuk motosikal dan kereta dilaporkan beratur panjang dengan masa menunggu sehingga dua jam hanya untuk mengisi minyak.

Situasi ini berlaku kerana Laos bergantung hampir sepenuhnya kepada import bahan api dari Thailand.

Iklan

Tindakan awal Bangkok menghentikan eksport bagi menampung keperluan domestik mencetuskan pembelian panik, sekali gus mempercepatkan kehabisan stok di Vientiane.

Walaupun Thailand kemudian memberi kelonggaran dan menghantar bekalan kecemasan, ia tidak mencukupi apabila permintaan melonjak mendadak.

Iklan

Penduduk memaklumkan bahan api yang tiba biasanya habis dalam tempoh singkat, kadangkala kurang sehari.

Krisis ini turut dikaitkan dengan ketegangan melibatkan Iran serta serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel, yang menjejaskan laluan minyak global termasuk Selat Hormuz.

Keadaan itu memberi tekanan besar kepada ekonomi tenaga dunia, termasuk negara yang bergantung kepada import seperti Laos. -AFP