Arab Saudi pintas 26 dron sejak awal pagi Selasa

Iklan
Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas. Foto fail Reuters

ISTANBUL - Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa pihaknya berjaya memintas dan menembak jatuh sebanyak 26 buah dron di Wilayah Timur sejak awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Arab Saudi menerusi beberapa hantaran berasingan di platform media sosial, X.

Iklan
Iklan

Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas.

Serangan itu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Iklan

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta industri penerbangan antarabangsa. - Bernama

Iklan