Buluh lemang

Iklan

MELAKA - Mohd Alias Mohd Hashim, 51, menyimpan buluh-buluh yang telah siap dipotong sebelum dijual kepada pelanggannya ketika ditemui di Felda Hutan Percha, baru-baru ini.

Mohd Alias, dari Felda Hutan Percha berkata, beliau menerima tempahan kira-kira 500 batang buluh daripada penduduk sekitar Melaka untuk dijadikan lemang sebagai juadah istimewa menjelang 1 Syawal nanti.

Iklan
Iklan

Mohd Alias yang juga penoreh getah berkata, seminggu menjelang Ramadan, pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan mula datang ke rumahnya untuk mengambil buluh lemang mereka.

Beliau menjual buluh lemang itu dengan harga RM2 sebatang dan mampu memperoleh sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sepanjang Ramadan ini. - Foto Bernama

Iklan

 

 

Iklan