'Ini baju raya paling mahal pernah saya pakai' - Anak penoreh getah
Iklan
Zuraidi (tengah) bersama 56 anak yatim dan asnaf dari beberapa sekolah di Padang Terap datang membeli kelengkapan hari raya di Alor Setar.
ALOR SETAR – Selepas tiga tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan baju Melayu yang sama kerana perlu mengutamakan keperluan keluarga, akhirnya seorang remaja dari Sik menerima sumbangan pakaian hari raya tahun ini.
Muhammad Hafiz Abdul Wahab, 17, dari Kampung Charuk Pisang berkata, dia hanya mampu tersenyum melihat rakan-rakan mengenakan pakaian baharu setiap kali Aidilfitri.
Iklan
Iklan
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Merbau itu, kehidupannya tidak mudah selepas kehilangan ibu sejak usia empat tahun dan bapanya pula bekerja sebagai penoreh getah.
“Sudah tiga tahun saya pakai baju raya yang sama. Tahun ini baru dapat yang baharu dan saya pilih warna hijau zamrud.
Iklan
Hafiz mencari baju raya di sebuah gedung pakaian hasil sumbangan Anak Muda Madani Kedah di Alor Setar.
“Bagi saya, dapat pakai baju raya baharu tahun ini pun sudah cukup menggembirakan,” katanya ketika ditemui selepas membeli pakaian tersebut di sebuah gedung pakaian di sini.
Iklan
Kata Hafiz, abang sulungnya yang kini berusia 21 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran dan memerlukan perhatian berterusan.
“Selepas pulang sekolah sekitar jam 2 petang, saya akan bantu ayah buat kerja rumah dan kadang-kadang sediakan juadah berbuka,” ujarnya.
Seorang lagi penerima bantuan, Daima Zahara Zakaria, 14, dari Felda Lubuk Merbau turut berkongsi kegembiraan apabila berpeluang membeli pakaian raya di gedung pakaian buat pertama kali.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya membeli pakaian di kedai biasa setiap tahun berikutan pendapatan ibu bapanya yang juga penoreh getah tidak menentu.
Daima Zahara berkongsi kegembiraan apabila berpeluang membeli pakaian raya di gedung pakaian buat pertama kali.
“Kali ini saya dapat beli baju raya dengan harga RM99 dan ini paling mahal pernah saya pakai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, seramai 56 anak yatim dan asnaf dari beberapa sekolah di Padang Terap dibawa membeli pakaian raya menerusi program berkenaan.
Menurutnya, usaha itu bagi memastikan golongan kurang berkemampuan turut merasai kegembiraan menyambut Aidilfitri seperti kanak-kanak lain.
“Selain membeli pakaian raya, mereka juga diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama bagi menyemarakkan lagi suasana Ramadan,” ujar beliau.
Katanya, secara keseluruhan 370 anak asnaf di beberapa kawasan termasuk Sungai Petani, Merbok dan Padang Terap menerima sumbangan pakaian raya tahun ini membabitkan peruntukan hampir RM50,000
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.