Arun Dorasamy tiba di Mahkamah Majistret Jawi 

Iklan
Arun Dorasamy (dua dari kanan) tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp.

NIBONG TEBAL - Aktivis, Arun Dorasamy tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi pada jam 8.15 pagi pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Beliau hadir bersama barisan peguamnya dan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan