Mahu apa lagi kita?
Iklan
Kini semua mata sedang melihat perang di Asia Barat melibatkan Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel.
JIKA perang terjadi di negara kita, bagaimana kita menghadapinya? Ia soalan yang susah untuk kita jawab.
Kali terakhir negara kita hidup dalam perang ialah pada era pendudukan Jepun, sekitar tahun 1941-1945. Kemudiannya zaman komunis. Banyak daripada mereka yang lahir pada era itu sekarang sudah berusia 80 tahun dan ke atas. Tak ramai lagi yang boleh bercerita.