'Duit rakyat' bakal bertukar status
Iklan
Sunway Bhd sebelum ini mengumumkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat ke atas IJM Corporation Bhd dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11 bilion. GAMBAR KECIL: Mohamad Khair Afham
SHAH ALAM - ‘Duit rakyat' dalam IJM Corporation Bhd (IJM) akan bertukar status daripada pegangan langsung kepada pegangan dalam kumpulan dan tunai, sekiranya berlaku pengambilan saham oleh Sunway Bhd.
Pensyarah Kanan School of Management and Business, MILA University, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, ia bakal mengubah profil risiko dan pulangan termasuk risiko penilaian sama ada harga tawaran betul-betul mencerminkan nilai intrinsik IJM atau sebaliknya.