Menghadapi ketidaktentuan global
Iklan
Malaysia merupakan antara negara yang memberikan subsidi bahan api agak besar kepada rakyat.
DALAM kolum saya sebelum ini, saya telah menghuraikan bagaimana konflik yang berterusan di Asia Barat boleh memberi kesan kepada ekonomi global dan akhirnya dirasai oleh rakyat Malaysia melalui kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan terhadap kos sara hidup.
Persoalannya kini, apakah langkah-langkah tambahan yang boleh dipertimbangkan rakyat dan kerajaan bagi menghadapi apa juga kemungkinan sekiranya ketegangan ini berlarutan?