SHAH ALAM - Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) menzahirkan penghargaan dengan menyumbangkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian pada Isnin.
Sumbangan 70 pek makanan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ALR, Muhammad Nizam Alias kepada Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.