Siasatan SPRM tidak temui penyelewengan peruntukan Sejati Madani

Iklan

KUALA TERENGGANU - Tiada sebarang penyelewengan dikesan setakat ini dalam siasatan berkaitan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Menurut sumber, SPRM sebelum ini telah membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan pada tahun lalu bagi meneliti dakwaan yang timbul berkaitan penggunaan peruntukan program tersebut.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan yang dijalankan setakat ini mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh mana-mana pihak di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

"Kertas siasatan telah dibuka tahun lalu dan hasil penelitian mendapati tidak terdapat sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti berkaitan isu penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan.

Iklan