UMNO Perak dedah bekas pemimpin Bersatu berminat sertai parti

Iklan
Saarani

IPOH – UMNO Perak mendedahkan terdapat beberapa bekas pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan berminat untuk menyertai UMNO.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya secara lisan, namun setakat ini belum ada permohonan rasmi dikemukakan.

Iklan
Iklan

"Secara lisannya saya dapat beberapa permohonan tapi kita tidak ada kaunter untuk orang mengisi borang. Saya akan bawa dalam mesyuarat dan akan lihat bagaimana perkembangannya.

"Saya pun ada permohonan dan pertemuan dalam kalangan pemimpin-pemimpin bekas Bersatu. Jadi kita akan tengoklah. Politik ni sangat dinamik," katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia pada Isnin.

Saarani berkata, inisiatif di bawah Rumah Bangsa UMNO berkenaan dijangka dilaksanakan secara lebih aktif selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Iklan

Menurutnya, individu yang terlibat belum dikenal pasti kerana setakat ini tiada nama dikemukakan kepadanya.

"Belum ada nama. Sehingga saya dapat nama orang itu, barulah kita boleh maklumkan," katanya.