AI, senjata strategik Pax Judaica
Iklan
Statistik terkini menunjukkan satu daripada enam penduduk dunia gunakan AI dalam tugasan harian seperti penulisan, analisis maklumat dan penyelesaian masalah. Foto hiasan
SERAMAI 56 peratus penduduk Britain percaya Perang Dunia Ketiga (WW3) akan berlaku dalam tempoh 5 hingga 10 tahun lagi. Hasil soal selidik YouGov didedahkan 13 Mac lalu juga menunjukkan peratusan ini lebih tinggi berbanding April 2025. Hampir 70 peratus penduduk Britain tak yakin kemampuan tentera negara itu menghadapi WW3 apatah lagi jika senjata nuklear digunakan.
Bekas pelajar Universiti of Yale, Profesor Jiang Xueqin yang popular melalui saluran YouTubenya, ‘Predictive History’ pula meramal konflik terkini di rantau Timur Tengah tak melibatkan penggunaan nuklear antara negara-negara pemilik senjata itu.