Kanak-kanak enam tahun peserta termuda tadarus al-Quran
Iklan
Lebih kurang 90 peserta cilik mengambil bahagian dalam tadarus al-Quran di Masjid Al Imam Al Nawawi Ambangan Heights.
SUNGAI PETANI - Kesucian Ramadan tidak lengkap tanpa aktiviti tadarus al-Quran yang dianjurkan di surau atau masjid di seluruh negara bagi merebut keberkatan bulan mulia itu.
Namun, uniknya di Masjid Al Imam Al Nawawi Ambangan Heights di sini apabila program tadarus al-Quran yang dianjurkan pada Ramadan tahun ini menarik penyertaan kira-kira 90 kanak-kanak termasuk peserta termuda berusia enam tahun.
Iklan
Iklan
Penganjur, Zaiton Hamid berkata, program tadarus yang dikendalikan bersama suaminya, Syeikh Ahmad Nawawi Ghazali di masjid berkenaan pada awalnya hanya melibatkan kira-kira 50 peserta.
Menurutnya, Ahmad Nawawi yang juga Pengerusi Kembara Hidayah, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bekerjasama dengan pihak masjid mengendalikan tadarus berkenaan bagi mengisi masa kanak-kanak mengaji al-Quran sekali gus memanfaatkan keberkatan Ramadan.
Iklan
Mohd Umar (kanan) antara peserta termuda mengambil bahagian di dalam program tadarus al-Quran di Masjid Al Imam Al Nawawi Ambangan Heights.
“Saya dan suami ada membuka kelas mengaji di tempat lain, namun pada bulan Ramadan banyak menghabiskan masa di masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih.
Iklan
“Jadi bagi anak-anak yang ingin mengaji, mereka hadir ke masjid. Selalunya selepas berbuka puasa dan masa yang ada selepas Maghrib hingga sebelum Isyak diisi dengan mengaji al-Quran,” katanya.
Menurut Zaiton, kemeriahan kelas tersebut menarik perhatian pengunjung masjid yang berminat menghantar anak mereka untuk turut serta memandangkan tiada sebarang syarat atau bayaran dikenakan.
“Semakin lama semakin ramai yang mahu sertai, daripada kelas mengaji biasa sehinggalah penyertaan mencecah lebih kurang 90 orang tahun ini.
“Jadi kami tukar kepada Program Tadarus Kanak-kanak dan Remaja,” katanya.
Kanak-kanak perempuan yang turut serta dalam tadarus Al-Quran di Masjid Al Imam Al Nawawi.
Beliau berkata, peningkatan penyertaan menyebabkan pihaknya mengambil enam tenaga pengajar tambahan terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar tahfiz bagi memantau bacaan tadarus.
Lebih menarik, penganjuran program itu turut mendapat perhatian para dermawan dan kenalan dari seluruh Malaysia yang menyumbang duit raya kepada peserta.
Hasil sumbangan yang diterima membolehkan setiap peserta memperoleh kira-kira lapan sampul raya dengan jumlah berbeza, keseluruhannya bernilai sekitar RM120 seorang.
“Alhamdulillah rezeki semua peserta. Mereka tidak tahu pun akan dapat duit raya kerana sumbangan dikumpulkan sehingga akhir tadarus pada minggu ketiga Ramadan.
“Seterusnya kami agihkan mengikut jumlah sumbangan dan bilangan peserta,” katanya.
Sementara itu, Mohd Iqbar Shaari, 34, berkata, dia berpuas hati dapat menghantar dua anaknya, Nurul Eryna Huda, 8, dan Mohd Umar Dayyan, 6, yang juga peserta termuda, menyertai program tadarus al-Quran berkenaan.
“Anak-anak mengaji di tempat pengajian, jadi apabila ada tadarus di masjid, saya ambil peluang menghantar mereka sepanjang bulan Ramadan ini.
“Mohd Umar sudah membaca al-Quran sejak berusia lima tahun. Alhamdulillah pada bulan puasa ini mereka sendiri teruja mahu pergi tadarus setiap malam.
“Jika diajak berbuka di tempat lain, kalau boleh mereka tidak mahu ikut kerana bimbang tidak sempat tadarus di masjid,” jelasnya.
Menurut Mohd Iqbar, pengisian bermanfaat itu diharap dapat diperluaskan pada tahun akan datang sebagai salah satu cara menjiwai al-Quran sekali gus menjadikannya panduan hidup umat Islam.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.