Konflik Asia Barat: IRGC ikrar buru Netanyahu

Iklan
Laporan media di Iran mendakwa Netanyahu mungkin cedera atau terbunuh dalam serangan pada awal bulan lalu.

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berikrar untuk memburu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selepas keadaan sebenar pemimpin 'ekstremis' itu terus mencetuskan tanda tanya.

Amaran tegas itu dikeluarkan pada Ahad ketika konflik di Asia Barat kini memasuki minggu ketiga dan semakin sengit.

Iklan
Iklan

"Nasib 'pemimpin penjenayah' itu masih tidak diketahui, sama ada hidup atau mati atau sudah pun melarikan diri bersama keluarganya. Keadaan semasa mendedahkan betapa gentingnya situasi yang menimpa pihak Zionis.

"Jika 'pembunuh' itu masih hidup, kami akan terus menjejaki dan menghukumnya," tegas pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Iklan

Khabar angin tentang kematian Netanyahu tersebar sejak minggu lalu, malah kemunculan terbaharunya didakwa sebagai 'klon' dan dipercayai hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tel Aviv juga terus mengunci mulut dan enggan menjawab segala spekulasi serta teori konspirasi yang timbul ketika ini.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, IRGC telah melancarkan gelombang serangan balas ke-52 yang menyasarkan Israel dan tiga pangkalan Amerika Syarikat (AS) di negara Teluk.

Sementara itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengecam kempen pengeboman oleh Washington bersama Tel Aviv ke atas hospital dan sekolah di Teheran.

"Membunuh paramedik bukanlah kerosakan sampingan. Menyeksa orang awam dengan kelaparan juga bukanlah taktik rundingan. Semua ini adalah jenayah perang. Ia adalah hakikat yang perlu diterima," menurut catatan beliau di platform X. - Agensi