BAGAN SERAI - Pengerusi Surau An-Nur Parit 3 Tengah Alor Setanggok, Muhammad Sarif Wageman memukul beduk ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Tatkala kebanyakan surau dan masjid kini beralih sepenuhnya kepada sistem pembesar suara moden bagi menandakan masuknya waktu solat, Surau An-Nur Parit 3 Tengah Alor Setanggok masih mengekalkan tradisi paluan beduk yang diwarisi hampir 70 tahun.