Lelaki mengamuk selepas lima hari 'lockdown' di Thailand

Iklan
Seorang lelaki di Surat Thani, Thailand yang sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah ditahan pihak berkuasa selepas mengamuk dan bertindak di luar kawalan. -Foto: Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki di Surat Thani, Thailand yang sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah ditahan pihak berkuasa selepas mengamuk dan bertindak di luar kawalan.

Pihak Polis Daerah Wiang Sa berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan setelah didapati tidak mampu mengawal diri dengan menjerit secara berterusan di dalam kediamannya.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, ibu kepada lelaki berkenaan menjelaskan anaknya itu baru sahaja pulang dari Bangkok dan diarahkan oleh ketua kampung untuk menjalani kuarantin sendiri bagi mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Sebaik sahaja dia pulang dari Bangkok, saya telah mengurung dia untuk menjalani kuarantin seperti yang diarahkan. Bagaimanapun, dia mula menunjukkan tanda-tanda tertekan dan tidak dapat mengawal diri selepas lima hari dikuarantin," katanya.

Iklan

Difahamkan, lelaki terbabit turut menghadapi masalah kesihatan mental dan disyaki tidak mengambil ubat semasa berada di Bangkok.

Susulan daripada itu, lelaki terbabit kemudian dihantar ke hospital untuk diperiksa oleh pakar kesihatan. -Agensi

Iklan