Dua lelaki bersenjatakan parang samun kedai serbaneka

Iklan
Seorang penyelia premis serbaneka berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang di Desa Setapak di sini pada Jumaat. Foto kecil: Mohamad Lazim

KUALA LUMPUR – Seorang penyelia premis serbaneka berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang di Desa Setapak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 pagi.

Iklan
Iklan

"Lelaki berusia 24 tahun itu memaklumkan, ketika kejadian kira-kira jam 1.59 pagi, dia sedang bertugas di premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki yang memakai pelitup muka hitam dan topi keledar.

“Suspek yang bersenjatakan parang telah meminta mangsa menyerahkan wang tunai. Disebabkan takut, mangsa menyerahkan wang yang diminta berjumlah RM2,467.50,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohamad Lazim berkata, suspek turut mengambil dua buah telefon bimbit iaitu sebuah iPhone 15 milik mangsa serta sebuah telefon jenis Redmi 15 milik seorang lagi pekerja yang berada di premis tersebut.

"Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak RM6,067.50, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal,” katanya.

Iklan

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini," ujarnya.