Selatan Lubnan boleh jadi tanah tandus akibat serangan Israel - Ketua PBB

Iklan
Selatan Lubnan boleh bertukar menjadi landskap tandus, manakala kawasan pinggir bandar selatan Beirut pula berdepan risiko pengeboman berterusan serta kemungkinan kemusnahan sepenuhnya.

BEIRUT - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu menyuarakan kebimbangan bahawa selatan Lubnan boleh bertukar menjadi tanah tandus akibat serangan Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Guterres memberi amaran bahawa negara itu sedang menyaksikan kemusnahan meluas ketika sidang media di ibu negara Lubnan, Beirut, pada akhir lawatannya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, selatan Lubnan boleh bertukar menjadi landskap tandus, manakala kawasan pinggir bandar selatan Beirut pula berdepan risiko pengeboman berterusan serta kemungkinan kemusnahan sepenuhnya.

Guterres tiba di Beirut pada Jumaat apabila beliau melancarkan rayuan kemanusiaan segera bernilai lebih daripada AS$308 juta bagi menyokong rakyat Lubnan.

Iklan

Beliau berkata, satu-satunya penyelesaian ialah melalui diplomasi dan dialog, sambil menggesa agar pengeboman dan permusuhan dihentikan. - Bernama

 

Iklan