Tetapkan tarikh bubar Dewan Rakyat
PENGGAL Perdana Menteri memegang jawatan akan dihadkan kepada tidak melebihi 10 tahun. Walaupun Rang Undang-Undang menetapkan had perkhidmatan Perdana Menteri gagal diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Parlimen ke-15 yang berakhir pada 3 Mac lalu, tetapi kerajaan Madani bertekad untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2026 itu pada mesyuarat kedua Dewan Rakyat Jun depan.
Dengan majoriti 154 kerusi yang dimiliki oleh kerajaan Madani, RUU pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga majoriti untuk diluluskan dijangka tidak sukar jadi kenyataan. Cuma kali ini, whip parti-parti politik yang menganggotai kerajaan Madani kena memastikan ahli Dewan Rakyat mereka yang ponteng semasa mengundi kali pertama diwajibkan hadir.