Boleh jimat bahan api sehingga 50 peratus
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu berhubung lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat.
SHAH ALAM - Penggunaan bahan api boleh dijimatkan sehingga 50 peratus sekiranya dasar bekerja dari rumah dilaksanakan di negara ini susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat.
Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, pelaksanaan tersebut antara langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Malaysia bagi mengimbangi impak perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran.