ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang bersiap sedia ketika melakukan Op Khas Pagar Laut di perairan Selatan Pulau Pinang semalam.
Maritim Pulau Pinang terus mempergiat pemantauan keselamatan di perairan negeri ini menerusi pelaksanaan Op Khas Pagar Laut menjelang Aidilfitri bagi mengekang aktiviti jenayah maritim termasuk penyeludupan dan pencerobohan. - Bernama