Muda adakan pemilihan sulung parti sesi 2026/2029 hari ini
Iklan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang berlangsung di Bangunan Peladang PJ pada Sabtu. - Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
PETALING JAYA - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengadakan pemilihan parti buat kali pertama bagi sesi 2026/2029 menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 pada Sabtu.
Pemilihan yang bertempat di Bangunan Peladang, di sini dimulakan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz pada jam 9 pagi, disusuli sidang media serta sesi bergambar pada jam 11 pagi.
Iklan
Iklan
Keputusan pemilihan parti dijangka diumumkan kira-kira jam 4.45 petang ini, diikuti sidang media serta sesi bergambar kepimpinan Muda yang baharu bagi sesi 2026/2029.
Sebelum pemilihan dijalankan, parti itu bakal membentangkan laporan tahunan serta ucapan daripada perwakilan Muda setiap negeri.
Iklan
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan Pengerusi PSM Perak, Bawani KS.
Bekas Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilihat hadir sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan baharu yang bakal dipilih hari ini.
Iklan
Ahli Parlimen Muar itu pada 2 Mac lalu mengesahkan tidak akan bertanding dalam pemilihan sulung Muda susulan kes mahkamah yang dihadapinya masih berjalan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, alasan utama yang menghalangnya bertanding adalah kerana ikrarnya untuk membersihkan nama daripada tuduhan penyelewengan terlebih dahulu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>