ORANG ramai membanjiri Bazar Aidilfitri di Pusat Dagangan Terengganu bagi mendapatkan pelbagai kelengkapan baharu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengunjung dilihat mengambil peluang memilih pelbagai barangan termasuk pakaian, tudung, kasut serta aksesori raya yang ditawarkan peniaga di bazar berkenaan.